
dean5137
5 tahun
Sakit telinga-tahi telinga keras-cara mengeluarkn nya-
mengalami sukar utk buang tahu telinga keras-

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa rawatan atau cara untuk menghilangkan tahi telinga tersumbat ini, antaranya ialah:
Melembutkan tahi telinga
Untuk melembutkan tahi telinga, anda boleh membeli titisan telinga di famasi yang dihasilkan khusus untuk fungsi ini.Pengairan (irrigation) dalam telinga
Satu lagi cara untuk membuang tahi telinga tersumbat adalah dengan mengairi telinga. Jangan cuba mengairi telinga jika anda mengalami kecederaan telinga atau bakal menjalani prosedur perubatan yang berkaitan dengan telinga. Pengairan terhadap gegendang telinga yang pecah boleh menyebabkan kehilangan pendengaran atau jangkitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.