
lkj
5 tahun
Sakit tengkok /leher hingga ke urat belikat kanan
saya baru sakit tengkok sehingga ke urat belikat sebelah kanan. Jika ingin bangun dari tidur amat susah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan anda mengenai gejala masih kurang mencukupi. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan lagi bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Antara hal yang perlu diketahui lebih spesifik adalah:
Apakah identiti anda seperti jantina, usia, dan pekerjaan?
Apakah yang dimaksudkan dengan bangun tidur amat susah?
Apakah terdapat rasa sakit menjalar sehingga ke kaki?
Bagaimana rasa sakit apabila anda melakukan pekerjaan seperti menulis atau mengangkat barang? Apakah sakit bertambah atau berkurang?
Apakah anda ada menyapu ubatan atau memakan ubat untuk mengurangkan rasa sakit? Apakah ada perbaikan?
Bagaimana dengan aktiviti anda sebelum gejala timbul? Apakah ada mengangkat barang berat atau melakukan aktiviti lasak?
Secara am, sakit belakang boleh jadi disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
- Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
- Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
- Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih