
dahliadaus1991
5 tahun
Sakit tengkok(leher)
Salam doctor… Sy ingin bertanya tentang kerapnya sakit tengkok… Suami sy berumur 29tahun dan dia bekerja kilang… Dalam beberapa bulan ni sy mendapati suami sy kerap mengalami sakit tengkok… Kerap berlaku tk kira masa… Adakah disebabkan ianya terlalu kerap meminum nescafe atau masalah posisi ianya bekerja(selalu membongkok dan tunduk) atau ada apa2 masalah lain yg perlu sy tahu?? Cara rawatannya mcm mana… Harap doctor dpt membantu… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- ketegangan otot
- disc diantara tulang terkeluar (slipped disc)
- osteoarthritis
- posisi pekerjaan seperti yang anda nyatakan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.