
akma.izwan
2 tahun
Sakit tengkuk dan kepala
Doktor, sejak saya remaja saya sering mengalami sakit kepala. Ia bermula dengan saya bangun tidur dan sakit pada tengkuk. tapi sakit nya minimal dan akan hilang selepas saya buat aktiviti harian. Tapi beberapa tahun kebelakangan ni sakit tengkuk ni semakin kerap berlaku dan sakitnya akan merebak ke belakang kepala sehingga saya rasa kepala bagaikan nak pecah. kalau dulu saya boleh bertahan dengan tidur (sebab sakit akan hilang selepas bangun tidur) tapi sekarang saya kena ambil panadol baru sakit kepala dan tengkuk hilang. Serangan ni makin kerap sehingga seminggu 1-2 kali. Apa patut saya buat doc?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit kepala yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sakit kepala tekanan (lazim dalam pengguna komputer atau tunduk lama)
- ketegangan otot akibat salah posisi
- sakit kepala migrain
- occipital neuralgia (sakit saraf)
- jangkitan kuman dan bakteria
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.