Sulit
3 tahun
Sakit tengkuk kanan turun ke belakang badan
Assalamualaikum doktor… Sy nak tanya mengenai masalah tengkuk sy sebelah kanan… Sy tak tahu tiba2 sakit tengkuk sendiri datang dan pusing ke arah kan a xboleh kerana sakit… Lepas sy letakkan ais batu di tengkuk yg sy sakit tu… Dh berkurang… Sekarang turun ke bahu dan ke belakang badan… Bole doktor perjelaskan apa yang patut saya buat… Adakah serius penyakit ini??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit tengkuk belakang sebelah kanan yang berlaku sehingga menyebabkan kesukaran untuk menoleh kepala. Untuk makluman anda, sakit tengkuk ini mungkin boleh disebabkan oleh posisi tidur yang salah yang berlaku secara tidak sengaja sehingga boleh menyebabkan ketegangan pada otot dan tendon leher.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk cuba memperbaiki posisi tidur serta mencukupi waktu tidur bagi mendapatkan penyembuhan ketegangan otot yang lebih sempurna.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.