
Anonymous
5 tahun
Sakit tengkuk sebelah kiri dibawah kepala
Doktor saya berumur 36 sblm ni saya sering sakit terngkuk sebelah kiri dan sakit kepala… Kadang sahaja terjadi tapi baru 2 ni sakit ini menyerang hampir 2 minggu tidak hilang saya sudah berjumpa doktor tap doktor menyuruh saya menukar spekmata kerana menurut doktor kanta mata saya sudah menaik… Saya telah berbuat demikian namun masalah sakit tengkuk saya masih lagi tidak hilang saya juga ada makan panadol dan ubat migrain tapi hanya bersifat sementara saja… Boleh doktor terangkan apakah penyakit saya sebenarnya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala serta sakit tengkong boleh disebabkan:
- Postur tidak baik - semasa tidur mahupun ketika bekerja
- Tekanan darah tinggi
- Migrain
- Jangkitan dalam kepala
- Ketumbuhan/kenaikan tekanan dalam otak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.