
bryanwee23
5 tahun
Sakit testis sebelah kiri
Saya lelaki berumur 20 tahun telah melakukan masturbation. Selepas masturbation, saya mendapati buah testis sebelah kiri saya sakit. Saya juga mendapati ukuran buah testis sebelah kiri dan kanan tidak sama. Adakah ini adalah kesan kerap masturbation ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- variasi saiz testis yang normal
- kecederaan pada testis
- kumpulan air dalam kantung testis (hydrocoele)
- kumpulan darah dalam kantung testis (haematocoele)
- hernia
- undescended testis (testis tidak turun)
- testicular torsion (kes kecemasan)
Mengenai perbuatan masturbation atau melancap pula, ia boleh menyebabkan sakit pada kemaluan kerana kecederaan sekiranya dilakukan dengan agresif. Namun, jarang jika ianya hanya menyebabkan sakit hanya pada testis kiri.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.