Sulit
5 tahun
Sakit tiba2 di perut bawah kanan dan kiri dan mual lepas mkm ubat sembelit
Mengapa saya seringkali merasa sakit di perut bawah kanan dan kiri…berserta mual lepas mkn ubat sembrlit…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit perut yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan anda mengenai gejala yang timbul selepas memakan ubat sembelit, ianya berkemungkinan besar disebabkan kesan sampingan ubat tersebut.
Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor segera jika anda mengalami:
- Cirit-birit
- Kejang otot
- Lemah badan
- Denyutan jantung yang tidak teratur
- Perubahan mental atau mood
- Alahan yang serius seperti ruam , kegatalan, bengkak (terutama muka, lidah atau tekak), kepeningan yang teruk, dan masalah pernafasan.
Namun begitu, terdapat beberapa penyebab lain sakit perut sebelah kanan bawah, antaranya ialah:
- masalah usus yang lain seperti dispepsia, keradangan usus, usus tersumbat
- masalah buah pinggang
- masalah sistem genitourinari (saluran kencing)
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan. Aakan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih





























