Sulit
3 tahun
Sakit tulang belakang dada seakan dilipat lipat
Setahun 6 bulan yang lepas sy besalin ceaser, selalu waktu sy sedang tidur, sy akan terjaga sebab seluruh tulang belakang… Seakan rasa panas dan sakit yang teramat sgt… dada pula seakan rasa dilipat lipat… Untuk hilangkan radang tu, sy kene paksa muntah, dan makan ubat urat dan pain killer. Hal ini sering berlaku, bahkan hampir terjaga sehari dalam seminggu… Adakah ianya kesan dari epidural semasa besalin atau ada sakit lain ya doctor… Terima kasih☺
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit belakang dapat timbul disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Akibat disfungsi tulang belakang biasanya kesan kecederaan
- Chronic back pain biasanya terkait dengan masalah saraf tulang belakang
- Spondylosis keradangan sendi tulang belakang akibat wear and tear
- Spondylolisthesis adalah suatu keadaan apabila tulang belakang tergelincir dari lokasi normal
- Spondyloarthropaties merupakan masalah sendi tulang belakang
Sebetulnya sakit ini mungkin tidak disebabkan oleh suntikan tersebut kerana lokasi suntikan epidural adalah lokasi selamat yang tidak mencederakan bahagian-bahagian belakang. Sebaiknya anda perhatikan dan kenalpasti risiko lain yang mungkin terkait dengan masalah tulang belakang anda. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
























