
hanisahamid1997
2 tahun
Sakit tulang belakang kerana terjatuh kuat
Assalamualaikum. Umur saya 22 tahun. Sya nk tanya pasal tulang belakang. Sbb sya pernah jatuh terduduk dengan hiking bag pertama kali. Lps tu bile duduk rase sakit kat tulang pinggul. Jatuh yg kedua, sya jatuh mengiring ke kiri selepas operation buasir. Sejak tuh tangan belakang yg kt kepak tuh sakit dan tulang dada saya sakit. Sya buat xray pda tulang belakang, dokter kata tukng di l5 dan s1 tak silap saya merapat. So ia sukarkan sya untuk duduk dalam mase atau jam yang lama. Mcm mne nk hilangkan sakit? Sbb sya buat physio mcm biasa je. Dan perlu ke saya buat mri untuk tgok keadaan tulang belakang badan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, berkenaan dengan masalah yang anda hadapi adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan atau memberikan pendapat kerana kami tiada maklumat lanjut berkenaan masalah yang anda hadapi seperti keputusan x-ray dan juga pemeriksaan terhadap tulang belakang anda.
Namun begitu, bagi masalah tulang belakang yang tidak serius dan tidak memerlukan pembedahan, fisioterapi adalah langkah yang paling baik kerana senaman-senaman fisio ini mampu membantu dalam pemulihan struktur tulang anda. Untuk makluman anda, sesi fisioterapi ini haruslah dilakukan secara konsisten dan lama kelamaan hasilnya akan kelihatan. Anda juga haruslah mengamalkan postur yang betul serta konsisten dalam melakukan senaman-senaman ini sendiri di rumah.
Sekiranya sakit yang anda alami semakin teruk, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan pandangan sekiranya ujian MRI diperlukan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk maklumat lanjut. Terima kasih.