zielajamal
4 tahun
Sakit tulang belakang seperti mengeras
Saya wanita berusia 26 tahun dan sudah mempunyai 2 orang anak berusia 3 & 4 tahun. saya mengalami masalah sakit tulang belakang semasa waktu tidur. saya terasa tulang belakang saya seperti mengeras dan berat membuatkan saya rasa x selesa dan sakit. kemudian saya akan mengubah posisi tidur saya untuk mencari keselesaan namun ia akan berulang. saya dah cuba tidur tanpa bantal tetap x berjaya. rasa sakit akan dtg semula angaran 10-15 mnt selepas sy ubah posisi sewaktu tidur. sakit tu terasa dari belakang leher hingga ke lutut… sudah seminggu saya alaminya oleh sebab tidur saya terganggu sy sering sakit kepala dan demam. pada pandangan docter, senaman ape saya patut lakukan untuk meredakan kesakitan ini dan apakah punca nya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit belakang tersebut boleh disebabkan oleh:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Sekiranya anda merasakan kesakitan anda semakin teruk atau mendapat simptom lain yang membimbangkan sila rujuk kembali kepada doktor berkenaan untuk pemeriksaan tulang anda.
Untuk keterangan lanjut,anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat daripada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.































