
dausrahman69
2 tahun
Sakit tulang belakang yang berlanjutan
Doc saya ade masalah back pain . Back pain tu datang masa saya sedang tido . Boleh di katakan terlalu kerap terjadi bila bangun dari tido saya susah untuk membuat pergerakan untuk mengubah posisi tidur saya . And bila terjaga dari tidur agak sukar bangun dari pada katil . Sblum ni pernah berjumpa dengan doc untuk check , tpi bila di x-ray tkde kesan ape² atau tanda sakit belakang . Ape patut saya bergantung dengan ubat sahaja untuk mengatasi masalah ni doc?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
- Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
- Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
- Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih