
dahliadaus1991
5 tahun
Sakit tulang dibahagian belakang
Saya wanita berumur 25 ingin bertanya… Adakah wanita hamil akan terasa sakit dibahagian tulang belakang… Sebab saya tidak boleh duduk dalam waktu yang lama… Tulang akan terasa sakit… Adakah tanda tanda kehamilan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit tulang belakang ketika hamil boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti:
- Tekanan berat badan serta struktur anatomi badan ketika hamil yang berubah dari orang biasa
- Sakit otot-otot penyokong tulang belakang seperti kekejangan akibat posisi badan tidak kondusif
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
- Cakera tulang tergelincir (“Slipped disc”)
- Jangkitan kuman pada tulang belakang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.