Sulit

4 tahun

Sakit tulang, pinggang

Saya wanita yg berumur 23 tahun. Saya kerap kebas kaki apabila saya duduk dan bersila. Saya jugak kerap sakit pinggang dan tulang belakang. Kadang masa saya duduk pun sakit pinggang dan tulang meyerang saya, sehingga saya tidak dapat melaku kan apa apa pergerakan dari anggota badan. Apakah punca dan rawatan terbaik yang perlu saya ambil?

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami bersimpati dengan gejala/masalah yang anda hadapi iaitu sakit pinggang dan tulang belakang. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor terjadinya gejala seperti yang anda hadapi. Antaranya ialah:

  • Scoliosis ( kebengokkan tulang belakang ke sebelah tepi)
  • Kyphosis ( kebengokkan tulang belakang ke bawah )
  • Kemampatan cakera intervertebral
  • Spondilolithesis ( kegelongsoran tulang belakang )
  • Patah tulang belakang ( Spondilolisis )
  • Patah tulang rusuk

Untuk mengatasi gejala yang anda hadapi, anda boleh mengamalkan langkah-langkah seperti berikut:

  • Anda boleh menghindari sakit pinggang dengan membuat senaman dan regangan yang betul.

  • Anda juga perlu mengamalkan tabiat berdiri dan duduk dengan tegak supaya tulang belakang tidak mengalami tekanan

  • Jika anda perlu mengangkat barang yang berat, gunakan cara yang betul dengan membengokkan kaki dan pinggul bukan tulang belakang.

  • Makanan yang berkhasiat dan kaya dengan kalsium boleh mengelak daripada mendapat sakit pinggang.

  • Posisi semasa tidur adalah penting kerana ia boleh mengelak kesakitan otot semasa bangun dari tidur.

  • Mengurangkan berat badan juga boleh mengurangkan tekanan atas tulang belakang.

  • Merokok akan melambatkan aliran kepada saluran darah ke tulang belakang dan menyebabkan sakit belakang, oleh sebab itu elakkan daripada merokok

  • Elak daripada menggunakan kasut yang bertumit tinggi

  • Gunakan beg alas dan beg bimbit yang sesuai untuk mengurangkan sakit belakang dan jika beg anda berat, cuba selang dari satu tangan ke tangan yang lain untuk mengurangkan tekanan pada satu tempat.

Selain dari mengamalkan habit yang dicadangkan, alternatif lain juga boleh digunakan. Antaranya :

Ubat tahan sakit:

  • Jenis ubat tahan sakit yang sesuai adalah paracetamol atau jenis NSAID. Hati-hati jika anda mengambil ubat NSAID. Ia tidak sesuai bagi orang yang menghidap penyakit asma dan ulser perut. Terdapat juga ubat yang boleh menyembuh otot kejang(muscle spasm) tapi jarang digunakan oleh kerana kesan sampingannya.

Minyak angin/kain panas/botol air panas:

  • Sesetengah orang merasa sakit di belakang berkurangan apabila terdapat haba di bahagian belakang.

Ais:

  • Meletak mampatan ais di bahagian belakang juga boleh melegakan sakit pada tahap awal sakit tersebut terjadi.

Bagaimanapun, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Masih terasa lenguh dan sakit tulang? Dapatkan kekuatan yang diinginkan untuk menjalani aktiviti harian anda tanpa gangguan!

image

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)