
Anonymous
6 tahun
Sakit tumit kaki dan sembelit
Morning doktor.
Anak bujang saya berumur 20 tahun , selalu mengadu sakit tumit kaki bila berjalan atau berdiri lama. Dia juga mengalami masalah sembelit yg berulang2. Adakalanya bila mkn pedas sikit atau silap mkn sikit akan mengalami cirit birit yg agak lama. Bagaimana cara mengubat ya doktor. Apa yg patut doktor syorkan dan adakah ia bahaya utk diri ya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa sebab berlakunya masalah ini. Antaranya ialah:
- Bengkak tumit: Ia sering berlaku kepada orang yang menpunyai tapak kaki yang rata. Ia juga boleh disebabkan oleh memakai kasut tumit tinggi sebelum tulang matang sepenuhnya.
- Sindrom Tarsal Tunnel: Terjadi apabila saraf besar di bahagian belakang kaki termampat.
- Keradangan kronik pad tumit: Ini disebabkan sama ada pad tumit menjadi terlalu nipis, atau badan terlalu berat.
- Retak: Berlaku tekanan yg berulang, senaman berat, sukan, atau kerja berat. Ia juga boleh disebabkan oleh osteoporosis.
- Penyakit Severs: Ini adalah penyebab utama sakit tumit pada atlet remaja dan kanak-kanak, yang disebabkan oleh microtrauma berlebihan dan berulang pada plat pertumbuhan tulang tumit. Ia paling kerap memberi kesan kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 15 tahun.
- Tendinosis Achilles: Ia adalah keadaan kronik yang berkaitan dengan kemerosotan progresif tendon di kaki.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi seria rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.