reen.my
4 tahun
Sakit ulu Hati Dan perut kembong
Saya wanita 43 tahun. Sejak seminggu ini saya sering sakit ulu Hati. Rasa sakit ketika tarik nafas. Perut saya juga rasa keras dan kembong. Boleh doktor beri guide macam mana nak mengatasinya. Tq
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pedih ulu hati ketika menarik nafas boleh disebabkan:
- Asid refluks (gastrik)
- Radang hempedu - akibat batu karang atau jangkitan
- Radang pankreas - akibat jangkitan atau batu karang
- Radang selaput paru-paru - akibat jangkitan atau auto-imun
- Penyakit Ulser perut
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.