
mimihamiza79
5 tahun
Sakit ulu hati dan serangan jantung
hi doktor, adakah pedih ulu hati dengan keadaan tubuh badan berpeluh menunjukkan serangan jantung? bapa saya menghadapi tekanan darh tinggi, gout dan masalah saluran jantung tersumbat. sekiranya ya, apakah yang perlu beliau lakukan sekiranya serangan terjadi. terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat beberapa punca kepada sakit ulu hati berserta peluh, antaranya ialah:
- Serangan jantung - akibat saluran darah koronari tersumbat
- Asid refluks (gastrik)
- Radang selaput jangtung/paru-paru akibat jangkitan kuman
- Jangkitan bawah paru-paru
- Kekejangan otot esofagus
Sekiranya ayah anda mengalami sakit dada yang luar dari kebiasaan dan gejala lain seperti kebas tangan, berpeluh dan muntah, anda perlu menelefon ambulans dengan segera kerana berdasarkan risiko-risiko kesihatan ayah anda ia boleh menjadi serangan jantung. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, ayah anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.