Anonymous
3 tahun
Sakit urat belikat sebelah kiri
Ayah saya berusia 59 tahun. Masuk hari ni hari ke 4 beliau rasa sakit di urat belikat belah kiri. Selain itu, ianya menganggu apabila ayah saya hendak menarik dan menghembus nafas. Dan rasa kembung angin dibahgian perut. Suhu badan ayah saya pun tidak menentu. Kadang dia rasa sejuk kadang dia rasa panas sangat sampai berpeluh2. Pemeriksaan dcg di klinik normal. Dr hanya bagi ubat tahan sakit , angin sahaja. Ada cadangan dri dr untuk sakit ayah saya
6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya perkara ini. Antaranya adalah:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Spondilosis ( degenerasi cakera intervertebral )
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti: Batu karang pada saluran buah pinggang
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih


























