
Sulit
4 tahun
Sakit Zakar dan Keluar Cecair Putih
Hi doc, Saya lelaki umur 25 sudah berkahwin.saya mengalami masalah gatal dan pedih pada saluran zakar dan zakar saya juga mengeluarkan cecair berwarna putih. Sebelum perkara ini terjadi, saya sudah berkahwin dan pernah melakukan hubungan sex dengan orang lain juga.Antibiotics jugak saya sudah makan tetapi masih belum sembuh. Apakah penyakit yang saya hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pada zakar dan keluar cecair putih. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan Penyakit Kelamin (Sexual Transmitted Disease)
- Jangkitan Kuman dalam saluran kencing (Urinary tract infection)
- Chlamydia
- Gonorrhea
- Keradangan pada saluran kencing (Urethritis)
Sekiranya masalah ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan rawatan sewajarnya.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih