Sulit
4 tahun
Salah Pil perancang
Dr…saya nak tanya, sepatutnya perlu makan pil perancang selama 21 hari (bermaksud hari isnin malam last utk sy makan) tetapi saya terlupa untuk makan 2 biji. Jadi selasa malam tu saya makan je yang 2 biji tu. tak apa ke dr?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda tidak digalakkan untuk mengambil dua dos pada masa yang sama. Sekiranya anda terlepas satu atau dua hari pil perancang, anda boleh mengambil satu biji sebaik sahaja anda teringat dan makan pil seterusnya seperti biasa.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.


































