
deeyana
5 tahun
Salam doktor, mak saya darah tinggi
Salam doktor, mak saya darah tinggi. Baru-baru ni kawan mak saya jual herba pada dia, katanya boleh menurunkan darah tinggi. Lepas tu mak saya tak makan ubat yang doktor bagi dah. Boleh ke macam tu doktor? Klau ambil dua-dua takut banyak sangat pula ubat.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Ramai pesakit yang memilih ubat herba sebagai salah satu cara rawatan penyakit. Namun, kebanyakan orang tidak mengetahui herba-herba mana sebenarnya yang ditambah dalam ubat herba tersebut.
Sesetengah pengeluar ubat-ubatan herba yang tidak bertanggungjawab akan mencampurkan ubat herba dengan bahan-bahan lain untuk memberikan kesan yang cepat kepada pesakit agar mereka boleh mengaut keuntungan yang lebih tinggi.
Oleh itu, pesakit harus lebih peka sekiranya ubat herba tersebut berupaya memberikan kesan yang diingini dalam jangka masa pendek. Kebanyakan masa ubat-ubatan ini boleh memberikan kesan yang positif mula-mulanya, tetapi membahayakan kesihatan kemudian.
Ubat herba yang mengandungi sesetengah bahan adalah produk yang tidak didaftar di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Ini bermakna ubat-ubatan ini tidak melepasi ujian seperti ujian kualiti dan keselamatan, terutamanya ujian saringan logam berat.
Pendedahan kepada bahan-bahan ini boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang, kerosakan paru-paru, kecacatan janin dan lain-lain.
Panduan untuk menggunakan ubat-ubatan herba adalah seperti berikut:
Anda mesti memastikan ubat herba yang hendak diambil merupakan ubat yang berdaftar. Nombor pendaftaran biasanya mempunyai huruf T di hujung 8 digit nombor dan ia boleh disemak di laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara pada bahagian ‘Cari…’ dengan memasukkan nombor pendaftaran. Ubat herba tersebut selamat digunakan jika maklumat pada label ubat adalah sama dengan hasil
carian.
Anda harus memastikan terdapat pelekat berwarna perak atau hologram pada botol ubat herba. Anda boleh meminta bantuan ahli farmasi untuk mengesahkan ketulenan hologram tersebut.
Sebelum menggunakan uba-ubatan herba, sila dapatkan nasihat doktor anda.
Anda harus mengambil ubat darah tinggi yang diberi oleh doktor anda seperti biasa melainkan doktor yang memberi arahan untuk menghentikan ubat
tersebut. Ini adalah untuk mengawal tekanan darah dan mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.
Anda perlu memberitahu doktor jika anda ingin mengambil ubat herba selain ubat yang biasa diambil untuk mengelakkan interaksi antara ubat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan konsultasi lanjut. Terima kasih.