Anonymous
4 tahun
Saluran kencing sakit
saya lelaki umur dah 21 tahun saya dah rasa sakit bila kencing sejak 2-3 minggu lalu tapi tak sesakit sekarang. Saya bila nak terkencing pasti rasa pedih pada saluran kencing dan kadang saya tak dapat nak habiskan sisa kencing saya. Saya cuma nak tahu bagaimana untuk saya merawat sakit saya ini tanpa pergi ke klinik.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang mempengaruhi masalah kencing tidak lawas. Antaranya adalah:
- Penyingkiran air kencing dari pundi kencing yang tidak lengkap, sering tidak disedari sehingga sampai ke peringkat akhir, yang dikenali sebagai inkontinens limpahan.
- Pundi kencing hipotonik, juga dikenali sebagai pundi kencing yang malas atau neurogenik, yang menyebabkan pundi kencing tidak dapat dikendalikan dan dikosongkan dengan betul.
- Penyingkiran disfungsional, terjadi apabila otot-otot di sekeliling uretra tidak rilekskan semasa pembuangan air kencing untuk membolehkan aliran bebas. Kecederaan saraf tulang belakang, cakera hernia, proses neurologi berjangkit, dan pembedahan pelvik atau patah tulang juga boleh menyebabkan penyingkiran air kencing dari pundi kencing tidak lengkap.
- Jangkitan kencing, yang disebabkan oleh jangkitan bakteria di buah pinggang, ureter (tiub yang membawa air kencing ke pundi kencing), pundi kencing atau uretra (tiub yang mengeluarkan air kencing dari pundi kencing di luar badan).
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat dan nasihat rawatan diberi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.