
Sulit
4 tahun
Sambungan dari Kuman dalam darah berpunca bengkak telinga
Maaf bertanya lg doktor. Mksdnya, sy cuma perlu ikut arahan untuk hbiskan antibiotik yg diberi je dan rehat sepenuhnya di rumah? Ada apa apa lg yg boleh sy buat untuk cegah atau rawat jgkitan kuman ni?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Untuk pengetahuan anda, rawatan bacteremia ataupun kuman dalam darah adalah dengan antibotik dan antibotik yang lebih spesifik akan diberikan setelah mengenalpasti jenis bakteria dalam darah menggunakan ujian darah.
Namun begitu, ini hanya lah keterangan am tentang bacteremia dan saya tidak boleh memberi kesimpulan yang lebih sempurna kerana saya tidak dapat memeriksa keadaan anda secara teliti dan menyebabkan maklumat tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor anda atau menghubungi beliau untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.