
syamsz10797
5 tahun
Sambungan ubat cair darah wafarin
sy pesakit yang memakan wafarin seumur hidup sebab ade protin c , so setiap 3 bulan sy akan ke hospital utk ambil inr dan kemudian ambil darah. dalam tempoh sekarang sy khuatir ke hospital kerana takut terdedah dengan pesakit convid 19. boleh atau tidak saya menyambung ubvat wafarin saya melalui rekomen dokntor dalam forum ini. untuk pengetahuan doktor saya tidak ada gejala pendarahan. tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kaish untuk soalan anda. Anda masih digalakkan untuk ke hospital untuk ujian darah. Forum ini tidak dapat memberi anda bacaan INR dan komponen lain untuk penggunaan warfarin anda. Semasa he kospital, anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini