
Anonymous
5 tahun
Sampel darah Untuk mengesan kanser
Hai doc. Saya wanita berusia 20-an. Saya ingin bertanya , bolehkan kanser dikesan melalui sampel darah yang telah diambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, ujian darah terbahagi kepada pelbagai jenis dan setiap ujian adalah khas untuk mengesan perkara yang tertentu sahaja. Ujian darah yang biasa dilakukan adalah ujian untuk melihat kuantiti sel darah tertentu di dalam tubuh, kuantiti elektrolit dan juga ujian paras gula dalam dalam. Sememangnya terdapat ujian darah yang dilakukan untuk mengesan kanser tertentu di dalam tubuh. Namun ia dilakukan apabila perlu sahaja dan bukanlah ujian yang dijalankan sebagai rutin.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.