Sulit
4 tahun
Sangap ketum mahu berhenti
Assalamualaikum wbt Saya berusia 45 thun.Saya peminum tegar ketum dah pun hampir 15 minum ketum.Dah 3 kali saya cuba berhenti tapi gagal.seluruh badan tangan kaki mengalami lenguh.Terutama pinggang hidung berhingus dan mengeluarkan air mata.selera makan juga makin kurang tiap kali bangun dari tidur benda pertama masuk mulut setengah gelas air ketum baru boleh nak pi buat apa pun.Dlm bab kerja tak dinafikan saya boleh kerja sepanjang hari cuma rehat beberapa jam sahaja jika ada ketum.Tetspi sampai bila saya nak bergantung dengan ketum.saya harap doctor dalam memberikan sedikit saranan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda boleh melakukan perkara ini sebagai ikhtiar untuk menangani gejala atau keinginan yang dialami untuk berhenti:
- Berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan panduan mengatasi ketagihan anda
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda terhadap ketum
- Menjauhkan diri daripada ketum
- Sentiasa berfikir tentang keburukan ketum dan kesannya terhadap duit anda sekiranya diambil secara berterusan
- Mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



























