
aresboneka
5 tahun
Saranan doktor berkenaan Detox Foot Pads
Saya lelaki ,27 tahun . .saya ingin bertanyakan tentang keberkesanan produk Detox Foot Pads .Adakah ianya betul-betul berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan adakah ianya disarankan oleh doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Organ yang berfungsi membuang toksik dari tubuh adalah seperti buah pinggang dan hati serta kulit. Sehingga hari ini, belum ada bukti saintifik yang menyokong efektiviti detox foot pads dalam membuang toksik badan.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.