
Sulit
5 tahun
Saringan Covid-19 (Arahan dari Jabatan meskipun tiada simptom)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ekoran dari perintah kawalan pergerakan, jabatan telah mengeluarkan satu sop untuk mana-mana pegawai yang pulang dari negara berisiko sejak 1/2/2020 untuk menjalankan saringan. Saya telah melawat Korea Selatan pada 1/2/2020 - 6/2/2020 dan pada masa itu jumlah kes di sana masih stangnat & tiada arahan kuarantin daripada kerajaan (pada ketika itu). Namun begitu, keadaan kesihatan saya baik (setakat ini). Tiada simptom2 (batuk, sesak nafas, demam). Oleh yang demikian, boleh kah sekiranya saringan dilakukan meskipun tiada simptom? Sekian terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan yang telah diajukan.
Saya memahami kebimbangan anda. Untuk pengetahuan anda, hospital kerajaan yang menyediakan kemudahan ujian COVID-19 cuma memberi keutamaan kepada yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19. Namun, anda boleh melakukan ujian ini dengan kami melalui home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih dan semoga cepat sihat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini