Sulit
5 tahun
Saringan Covid perlukan masa yg lama?
Adik ipar saya suspected Covid. Tanda2 semua ada. Dia ke hospital hari ni(4/May) Dia dapat tarikh untuk menjalani saringan test covid pd 20/May dan di arahkan kuarantinkan diri sendiri. Soalan saya kenapa perlu tunggu 20 hb baru nak buat test?sedangkan tanda2 sudah ada…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan anda. Soalan ini sewajarnya ditujukan kepada yang memeriksa adik ipar anda. Sekiranya adik ipar anda berisiko tinggi untuk COVID-19, maka ujian akan dilakukan dengan derta-merta. Walaubagaimanapun, pengendalian ujian bergantung kepada penilaian pemeriksa. Saya tidak dapat memberi penjelasan kerana saya tiada sejarah perubatan adik ipar anda. Saya berharap ini membantu.
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































