
Sulit
4 tahun
Sawan dan Alahan blh ke amik vaksin covid-19
Salam sy nak tanye…sy ada masalah sawan dan Alahan teruk… Blh ke sy amik vaksin covid-19 …terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, disebabkan anda mempunyai masalah kesihatan seperti alahan dan sawan, masalah perubatan anda perlu diketahui dengan lebih lanjut dan memerlukan pemeriksaan fizikal sebelum mengetahui sama ada anda layak menerima vaksin tersebut. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini