
Anonymous
5 tahun
Saya ada Gonerhea rawatan untuknya
Hi doktor selepas check STD saya ada gonerhea…dimana saya boleh menerima rawatan…berapa kos untuk rawatan… selepes rawatan boleh saya nak kahwin…adakah akan menghalang untuk mendapatkan anak…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Susulan daripada diagnosis STD, doktor akan merancang jenis rawatan yang diperlukan. Gonorea boleh dirawat dengan suntikan ceftriaxone (Rocephin) pada lengan tangan atau dengan cefixime (Suprax) sejenis ubat makan. Antibiotik lain juga boleh digunakan. Anda tidak boleh mendapatkan ubat antibiotik daripada farmasi kerana ubatan sebegini memerlukan preskripsi doktor. Saya sarankan untuk terus bercakap dengan pihak kami bagi mendapatkan rawatan tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.