
Haddid
6 tahun
Saya ada hipertiroid, sekarang rasa susah nak menelan
hi doktor,saya student umur 23.saya diagnosed hipertiroid since semester 5.bila dah sem 8 saya dh stop jmpa dr n mkn ubat sbb dah rasa tak ada apa.lama2 skrg ni simptom tu dtg balik n saya ada bengkak dkt leher.skrg rsa ssh nk telan n batuk2 mcm ada trsekat something.what sould i do??

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkongsi masalah.
Hyperthyroidism ialah penyakit yang berlaku ketika terdapat hormon thyroxine yang berlebihan dalam tubuh badan kita. Hormon ini dihasilkan di tiroid yang berada di leher kita. Ketika tiroid menjadi terlalu aktif, hormon yang berlebihan dihasilkan. Hormon ini mempercepatkan metabolisme badan anda sehingga menyababkan pelbagai jenis simptom yang anda alami.
Sesetengah pesakit, seperti anda, juga mengalami pembesaran atau kebengkakan tiroid sehingga menyebabkan kesusahan menelan dan bernafas. Sekiranya hyperthyroidism itu disebabkan oleh penyakit Graves, mata dan penglihatan boleh terjejas terutamanya jika pesakit itu merokok. Mata mungkin nampak merah dan bengkak, senang kering dan pergerakan mata terjejas.
Daripada kenyataan anda di atas, kebengakakan tiroid anda telah mengakibatkan kesukaran menelan dan bernafas. Oleh itu, anda disarankan supaya menerima rawatan secepat mungkin. Hal ini kerana kawalan masalah tiroid yang kurang memuaskan boleh menyebabkan komplikasi terhadap jantung, tulang, mata dan kulit pesakit.

6 tahun
Salam sejahtera. Berdasarkan simptom-simptom anda alami, nampaknya masalah hipertiroid yang sebelum ini terkawal sudah kembali kerana penghentian ubat yang diberikan. Ubat tiroid sebenarnya masih perlu diambil walaupun simptom-simptom telah hilang kerana ia berfungsi untuk mengawal tahap hormon tiroid dalam tahap sasaran yang sesuai.
Bengkak di leher itu kemungkinan besar adalah kelenjar tiroid anda yang telah membesar dan ia dipanggil “goitre.”
Oleh sebab kelenjar tiroid terletak di leher, apabila membesar ia boleh menekan struktur-struktur di leher seperti esofagus (saluran telan yang menyambungkan kerongkong dengan perut) serta saluran pernafasan anda. Ini akan menyebabkan komplikasi seperti kesukaran bernafas dan kesusahan menelan makanan. Goitre juga boleh menekankan saraf “recurrent laryngeal” yang berfungsi membantu anda bersuara. Maka ini boleh menyebabkan suara anda menjadi serak.
Memandangkan anda sedang mengalami tanda-tanda komplikasi “goitre,” anda patut berunding dengan doktor anda untuk menerima rawatan lanjut dengan segera.