
Sulit
3 tahun
Saya ada HIV…bolehkah saya dapat rawatan dan ambil ubat kat HOSPITAL KUALA LUMPUR
Saya telah kehabisan ubat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh dapat rawatan dan ambil ubat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Hospital Kuala Lumpur mempunyai jabatan jangkitan yang tersedia untuk berkhidmat.
Sekiranya anda pernah dapat rawatan dari hospital atau klinik tempat lain, mungkinnya anda akan diminta untuk mengulangkan sesetengah ujian serta doktor HKL akan menghubungi doktor anda yang terdahulu untuk maklumat rawatan anda.
Kemudian, anda boleh meneruskan rawatan anda di Hospital Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.