
Sulit
4 tahun
Saya ada ke rumah urut dan di tawarkan urutan batin.saya tidak melakukan hubungan seks cuma saya ada menghisap payudara tukang urut tersebut
adakah berisiko di jangkiti hiv jika menghisap payudara tukang urut?payudara tersebut tiada susu atau kesan luka.Bolehkan doc terangkan apa maksud luka terbuka di mulut dan adakan gigi patah itu luka terbuka mulut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda pada masa ini. Untuk makluman anda, luka terbuka di bahagian mulut adalah ulser ataupun apa-apa luka yang memberikan ruang kepada virus tersebut untuk masuk ke dalam saluran darah.
HIV boleh disebarkan dengan cara-cara berikut:
- Hubungan seksual sama ada heteroseksual ataupun homoseksual
- Produk darah seperti transfusi darah
- Perkongsian jarum dalam kalangan penagih dadah
- Lahir daripada ibu positif HIV
- Ibu positif HIV memberikan susu badan kepada bayi
Sekiranya tidak terdapat luka pada payudara atau keluar susu daripada wanita tersebut dan anda tidak mengalami ulser atau luka di dalam rongga mulut, kebarangkalian untuk anda mendapat jangkitan HIV adalah rendah namun ia masih berpotensi untuk menjangkiti anda.
Sekiranya anda masih ragu-ragu, anda boleh membuat ujian saringan HIV untuk mengetahui status anda.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.