Sulit
3 tahun
Saya ada masalah batuk lebih dari seminggu. Hari ke-8/9 kahak saya berwarna coklat
Saya tidak mempunyai sebarang masalah sejarah kesihatan, tidak ada rasa sakit dada/perut/tekak. Dan saya juga tidak makan coklat pada hari tersebut atau malam sebelumnya.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penyakit Tibi (tidak boleh didiagnos tanpa ujian kahak, oleh itu anda disarankan menjalani ujian tersebut)
- kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi
- Bronkiektasis
- asma (lebih-lebih lagi batuk pada waktu malam)
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.