
Sulit
4 tahun
Saya ada masalah jantung ke hasil dari result ecg berikut
NORMAL sinus rhythm
MIDDING left axis deviation
NO COMPLETENESS right bundle brach block
kawan2 saya beritahu result 2 dan 3 tu ada masalah jantung.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Untuk pengetahuan anda, left axis deviation boleh berpunca daripada beberapa penyakit seperti:
- left bundle branch block
- left ventricular hypertrophy
- inferior myocardial infarction
- ectopic ventricle
- Wolff Parkinson White syndrome
Right bundle branch block pula bermaksud sekatan impuls untuk melakukan denyutan jantung dan menyebabkan kesusahan untuk pam darah ke seluruh badan. Antara simptomnya ialah:
- pengsan
- dan rasa seperti ingin selalu pengsan
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan right bundle branch block, seperti serangan jantung, jangkitan pada jantung, darah tinggi dan sekatan darah pulmonari.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat kerana hal ini perlukan pemeriksaan yang lebih teliti untuk mengenal pasti punca. Anda juga boleh klik di link ini (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi