
Sulit
5 tahun
Saya ada masalah pancut awal
Semenjak saya umur 22 tahun saya ada masalah pancutan awal ? Ada cara untuk pulih kan masalah saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ejakulasi pra-matang ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti terlebih ransangan, kerap ber-onani mahupun zakar sensitif. Untuk mengatasi masalah ini, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Bertenang
- Berbincang dengan pasangan
- Psikoterapi
- Perbanyakkan “foreplay” dengan pasangan
- Pemakaian ubat-ubatan atau suplemen - ini memerlukan preskripsi doktor kerana beberapa kondisi seksual mungkin disalah tafsir oleh pesakit dan memerlukan penjelasan lanjut
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.