Sulit
2 tahun
Saya ada masalah pernafasan terganggu
Saya lelaki 25tahun. Saya ada masalah masa hari panas atau sejuk. Lubang hidung saya akan tersumbat kanan atau kiri.skrg lebih ke kiri. Saya selak hidung saya keatas saya dapati mcm ada yg bengkak dlm hidung saya menutupi laluan udara. Bengkak tu dh mcm padat,kadang dia pandai surut n berpindah ke sebelah lubang pulak. Bila ia nak surut tu terasa mcm lubang hidung n tekak kering. Saya ada masalah angin dlm badan hidung plak tersumbat. Saya rasa mcm xselesa sgt.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda bertanyakan tentang masalah pernafasan terganggu akibat bengkak di dalam hidung. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pernafasan yang terganggu boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Selesema
- Asma
- Resdung atau sinusitis
- Ketumbuhan dalam hidung seperti polip, bisul
- Struktur hidung yang tidak normal
Bagi mengetahui punca yang tepat dalam masalah anda, anda disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor agar maklumat lanjut boleh didapati. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih.