
Sulit
4 tahun
Saya ada masalah tertinngal ptarikh perancang depo
Saya menguna perancang keluarga sudah nak masuk 2tahun.baru2 ni tarikh cucuk depo pd 18/5/20. Ttpi saya tertinggal tarikh tersebut sudah beberapa minggu.dlm beberapa minggu ni saya sudah bersama suami lbih dari 3kali…soalan saya…adakah saya akan mengandung dlm tempih terdekat kerana saya terlupa follow cucuk depo itu,bantu tengah keliru

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
suntikan Depo-Provera berfungsi selama 12 hingga 14 minggu (3 bulan). Tempoh masa kesuburan kembali selepas berhenti depo berbeza mengikut individu. Ia boleh mengambil masa 4 bulan sampai setahun. Seharusnya, anda mengambil suntikan pada tarikh yang ditetapkan. Suntikan yang paling lewat ialah 2 minggu selepas tarikh. Namun, jika anda melebihi tempoh tersebut dan anda tidak menggunakan sebarang alat merancang kehamilan, risiko untuk anda hamil meningkat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.