Sulit
5 tahun
Saya ada mslh fibroid telah mengambil lucrin apakah kesan2 pengambilan ubat ini
Skrg ni saya rasa pns dada,berpeluh , lenguh2 badan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berkemungkinan gejala yang anda alami disebabkan ubat lucrin yang anda ambil bagi tujuan mengecutkan fibroid anda.
Sekiranya gejala ini sangat menganggu anda, nasihat saya, anda mengajukan masalah ini kepada doktor. Hal ini kerana ia mungking boleh juga disebabkan oleh masalah lain.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi mengatasi masalah ini.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































