Sulit
2 tahun
Saya ada soalan mengenai ubat anxiety disorder
Sekiranya orang normal makan ubat anxiety disorder adakah orang tersebut akan mendapat kesan sampingan yang teruk?ataupun biasa2 je? Saya pun xtahu saya ni btol ke terkena anxiety disorder atau x tapi saya dh makan ubat tersebut. Sebelum ni saya makan kesan sampingan bila malam mesti saya terasa mcm sleep apnea. tu skrg saya jadi ketakutan sgt2.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, pengambilan ubat anxiety boleh membawa kesan sampingan, sama ada anda mempunyai masalah anxiety ataupun tidak. Kesan sampingan tersebut bergantung kepada jenis ubat yang diambil.
Kami menasihatkan anda untuk tidak mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor. Pengambilan ubat yang salah boleh memudaratkan kesihatan. Sekiranya anda rasa anda mempunyai masalah anxiety, sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk mengesahkan diagnosis tersebut dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai. Ada kalanya, masalah keresahan boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain, oleh itu adalah dinasihatkan untuk tidak mengambil ubat-ubatan tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian untuk konsultasi peribadi.
Terima kasih.