
shushuu5888
5 tahun
Saya alami gatal2 ruam seperti ekzema
Saya alami gatal2 seperti alergi dan ekzema dibwah payudara dan sekitar bdn…pelbagai krim dan ubatan sy mkn tetapi tak berkesan…saya ada terbaca berkenaan kesan2 tubuh yg mngalami kecacingan…adekah sy harus cuba mkn ubat cacing…dan bolehkah saya makan ubat cacing ketika haid??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
Keadaan kulit. Banyak masalah kulit gatal, termasuk kulit kering (xerosis), ekzema (dermatitis), psoriasis, kudis, luka bakar, parut, gigitan serangga dan gatal-gatal.
Gangguan saraf.
Alergik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.