
ayieatif993
5 tahun
Saya alami stress dan banyak berfikir
Saya lelaki umur 20’an boleh saya tahu apa itu anxiety

5 tahun
Salam sejahtera
Kami memahami kebimbangan yang anda alami iaitu banyak berfikir dan mengalami masalah stress. Setiap orang pastinya pernah mengalami masalah ‘anxiety’ ataupun keresahan. Namun, anda tidak semestinya menghidapi sakit mental sehinggalah kerisauan serta stress ini menganggu kehidupan seharian anda.
Antara simptom yang dialami oleh pesakit Generalised Anxiety Disorder adalah seperti berikut:
- Mudah merasa letih
- Gelisah secara berterusan
- Hilang fokus
- Mudah tersinggung
- Kesulitan mengendalikan perasaan risau
- Otot kejang
- Mengalami gangguan tidur, termasuk kesulitan untuk tidur atau selalu merasa kurang tidur
Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan di farmasi dan melakukan ujian di rumah dan mendapatkan nasihat lanjut untuk masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.