
Marlini
6 tahun
Saya amalkan pil perancang, tetapi kini period saya berubah. Adakah ini normal?
Hi doktor , saya berumur 21 tahun dan sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata . saya mengamalkan pil perancang keluarga . hari period saya selalu akan datang pada hari khamis cuti mkn pil tersebut . tapi baru baru ni saya period pada hari ahad satu hari sebelum minggu cuti period . adakah normal ?

6 tahun
Salam sejahtera.
Pil perancang keluarga merupakan kaedah yang paling popular untuk mencegah kehamilan. Pil perancang terdapat dalam pelbagai jenis formulasi. Doktor akan mensyorkan pil yang paling sesuai untuk seseorang wanita berdasarkan umur, sejarah penyakit, kesan sampingan dan faktor-faktor lain.
Pil perancang keluarga boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan. Kesan-kesan sampingan pil perancang keluarga adalah jarang. Contoh kesan-kesan sampingan adalah loya, muntah, pening, kembung perut, sakit kepala, sakit payu dara dan emosi yang kurang stabilSalah satu kesan sampingan yang agak biasa untuk 3 bulan pertama adalah perdarahan haid yang tidak teratur atau haid yang datang sebelum masa yang ditetapkan.
Kondisi ini dikenali sebagai breakthrough bleeding. Kondisi ini berlaka kerana badan anda sedang menyesuaikan diri kepada paras hormon yang baru di dalam badan anda. Kejadian ini adalah normal dan bukannya tanda penyakit atau tanda pil hormon yang tidak berkesan. Biasanya selepas 3 bulan, perdarahan haid yang tidak teratur itu akan berhenti dengan sendiri.
Perdarahan haid yang tidak teratur juga boleh terjadi jika anda tidak mengambil pil perancang dengan cara yang betul. Anda harus mengambil pil seperti yang telah disyorkan oleh doktor. Jika kondisi ini berterusan lebih dari 3 bulan dan anda menggunakan pil perancang dengan betul, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor supaya pil yang lebih sesuai boleh diberikan kepada anda.