Sulit
2 tahun
Saya baru kali pertama mengandung . saya kerap sakit perut hm
Saya risau jika ada apa apa yg tidak kena pada baby saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui kenyataan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah sakit perut ketika baru pertama kali hamil. Kami memahami kegusaran yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Proses pembesaran bayi
- Tekanan kepada sistem pencernaan
- Ketegangan otot abdomen
- perubahan struktur rahim dan organ kehamilan yang lain
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Jangkitan salur kencing
- Kontraksi pre-term (tidak cukup bulan)
- Placenta abruption
- Keracunan makanan
- Masalah penghadaman
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih