Sulit
4 tahun
Saya Baru keguguran.Boleh kah mengandung sebulan selepas keguguran.ada masalahkah
Boleh kah mengandung sebulan selepas keguguran?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda digalakkan untuk mengelakkan diri dari melakukan aktiviti seksual buat masa dua minggu hingga empat minggu selepas melakukan prosedur pembuang produk persenyawaan atau kehamilan.
Berkenaan keinginan untuk hamil selepas keguguran, anda perlu berbincang dengan doktor pakar sakit puan terlebih dahulu disebabkan anda mempunyai sejarah keguguran dan memerlukan pemeriksaan sebelum doktor membuat keputusan terhadap keinginan anda. Oleh itu, ami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



































