
Sulit
4 tahun
Saya baru lepas datang haid dan sekarang keluar darah cuma setitik² sahaja.. kadang warna darah tu merah baru dan kadang coklat seolah² seperti palitan
saya wanita berumur 36 tahun… saya sekarang mengalami haid tetapi darah tidak banyak… hanya setitik²… darah kadang warna merah baru atau kadang coklat… saya juga baru lepas haid pada 25/2/2021 dan selesai pada 6/3/2021… tetapi hari selasa baru² ni darah keluar semula cuma setitik²… apakah masalah saya dan apakah ubat yang sesuai untuk saya ambil bagi menyelesaikan masalah saya…
terimq kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.