
Sulit
3 tahun
Saya belum berkahwin dan period sudah lewat seminggu
Saya wanita berusia 25 tahun dan masih belum berkahwin. Mengikut kiraan saya, saya sepatutnya datang haid pada 08/08/21, tetapi sehingga ke hari ini (15/08/21) masih lagi tiada tanda datang haid kecuali keputihan saya keluar ( perkara biasa yang berlaku kepada saya sebelum datang haid. Beberapa hari lepas payudara saya terasa sakit (juga perkara biasa berlaku kepada saya sebelum datang haid) pada 07/08/21 kaki saya terasa lenguh dan saya sakit-sakit (perkara biasa yang berlaku kepada saya sebelum saya datang haid) saya menjangkakan keesokan harinya saya akan datang haid. Tetapi tekaan saya meleset sama sekali. Adakah ini normal atau perlukah saya merujuk kepada doktor di klinik/hospital? Terima kasih.

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kitaran haid tidak teratur. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- keletihan
- tekanan emosi
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- masalah ovari, rahim atau serviks
- haid lewat akibat kehamilan
Namun begitu, kitaran haid normal bagi wanita boleh jadi antara 21-35 hari. Jadi terdapat kemungkinan anda datang sedikit lewat pada kali ini. Oleh itu, sekiranya anda masih tidak datang haid melebihi kitaran 35 hari, anda boleh melakukan ujian kehamilan, atau mendapatkan nasihat lanjut agar punca masalah haid anda dapat diketahui. Lakukan ujian kehamilan beberapa kali kerana ada kemungkinan UPT akan jadi negatif pada kali pertama.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk pemeriksaan fizikal dan maklumat lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
doctoroncall-og-image.png1200x630
Find Best Obstetrician & Gynaecologist In Kuala Lumpur - Book Appointments,…
Best Obstetrician & Gynaecologist near me in Kuala Lumpur. Book doctor appointment online, schedule consultation, view reviews, address, phone number of Obstetrician & Gynaecologist in Kuala Lumpur | DoctorOnCall