
Sulit
4 tahun
Saya berasa pening Dan sakit dada bila saya bangun
Saya wanita berusia 21 tahun Dan mengalami masalah rasa pening Dan sakit dada sebaik saya bangun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pening kepala dan sakit dada. Bagaimanapun, pertanyaan serta penilaian lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui samada gejala tersebut berkaitan antara satu sama lain ataupun tidak. Namun, secara umum, pening kepala boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV) adalah timbulnya rasa pening terkait perubahan posisi
- Meniere’s disease biasanya timbul dalam bentuk serangan dan semakin berkurang
- Acute vestibular dysfunction adalah akibat keradangan dan jangkitan
- migrain
Manakala, sakit dada pula boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Kami nasihatkan anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat :
- Elakkan makanan tidak seimbang
- Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
- Segera ke hospital jika pesakit sudah berusia kerana kemungkinan untuk mendapat serangan jantung adalah tinggi
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.