
Sulit
4 tahun
Saya berhenti mengambil pil selama seminggu dan mengamalkan kondom untuk bersama. Selepas seminggu saya kembali mengambil pil.. Adakah boleh?
Salam sejahtera, saya wanita berusia 27tahun. Saya telah berhenti mengambil pil perancang selama seminggu selepas habis haid. Selama seminggu saya merancang sendiri dgn menggunakan kondom. Bolehkah saya terus mengambil pil perancang untuk minggu seterusnya? Atau perlu tunggu haid seterusnya. Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera kepada anda, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan yang diberi, kami memahami anda mengenai pengambilan pil perancang setelah menggunakannya pada minggu yang lepas. Untuk makluman puan, terdapat banyak jenis pil perancang yang boleh digunakan dan setiap jenis mempunyai cara pengambilan tersendiri dengan tempoh-tempoh yang ditetapkan. Informasi mengenai pil perancang yang anda ambil tidak dapat disahkan lebih lanjut.
Oleh itu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ubat ini. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami.
Terima kasih.